Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Beginilah bermulanya.... Cross Stitch merupakan minatku @ hobi laaa bole dikatakan suatu masa dulu..

Dan kini aku rasa ingin bergiat kembali dengan menawarkan peluang kepada anda-anda semua sekiranya berminat untuk mengabadikan memori indah atau ingin melakarkan perasaan anda dengan menggunakan cross stitch. Kami disini boleh membantu. Kami mengambil tempahan dengan harga yang sangat berbaloi-baloi.


Dapatkannya disini, Cross Ika @ Stich. Jadikan ia milik anda atau hadiahkan untuk yang tersayang....


Sebarang pertanyaan boleh hubungi aku disini...


CONTACT NO : 012-3068945

EMAIL : farika_aries@yahoo.com

add skype : farika82

Tuesday, December 28, 2010

Cross Stitch?????

Kome2 sume tahu ke cross-stitch nih benda @ menatang pe?? hehehe... mai sini cek nk habaq... tunggang langgang laa bahasa aku nih.. jap utara.. jap timur laut...hahaha.... Rosak bahasa, jiwa bangsa betul... (jangan marah erkk cikgu2 bahasa melayu)... agak bosan laaa kalu bercerita ikut skema markah kertas bahasa melayu kertas julai nih..kih kih...

Al kisah nyer begini....

Cross-Stitch ialah jahitan berbentuk silang pangkah atau berbentuk XXXXXXX yang dijahit berdasarkan pola atau grid untuk membentuk gambar.


Cross-Stitch biasanya dijahit di atas kain yang dipanggil Aida. Ia juga merupakan salah satu jenis jahitan sulaman tertua dijumpai di serata dunia. Banyak muzium rakyat mempamerkan contoh pakaian dihiasi dengan cross-stitch, khususnya dari benua Eropah dan Asia.

Secara tradisional, cross-stitch dijahit untuk menghiasi kain di dapur, peralatan rumah seperti sarung bantal dan alas meja. Kini, cross-stitch dijahit di atas kain dan di gantung di dinding sebagai dekorasi, juga dihias sebagai beg, cenderamata dan banyak lagi.



Nih pula benang dia. Benang cross-stitch yang paling umum digunakan adalah dari jenis kapas. Ia terdiri daripada enam helai (six strands) yang dipintal bersama dan mudah dipisahkan. Selain benang dari kapas, bahan lain yang digunakan ialah pearl cotton, benang Danish Flower, sutera dan rayon.

Ada juga benang jenis wool, benang metalik dan khas lain digunakan untuk menyerlahkan lagi hasil cross-stitch, seperti benang hand dyed (benang yang diwarna dengan tangan)

Nota : pic & sumber dari yati's blog... 



Cute kitten... suke2

(peace no war).....