Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Beginilah bermulanya.... Cross Stitch merupakan minatku @ hobi laaa bole dikatakan suatu masa dulu..

Dan kini aku rasa ingin bergiat kembali dengan menawarkan peluang kepada anda-anda semua sekiranya berminat untuk mengabadikan memori indah atau ingin melakarkan perasaan anda dengan menggunakan cross stitch. Kami disini boleh membantu. Kami mengambil tempahan dengan harga yang sangat berbaloi-baloi.


Dapatkannya disini, Cross Ika @ Stich. Jadikan ia milik anda atau hadiahkan untuk yang tersayang....


Sebarang pertanyaan boleh hubungi aku disini...


CONTACT NO : 012-3068945

EMAIL : farika_aries@yahoo.com

add skype : farika82

Tuesday, December 28, 2010

Cross Stitch?????

Kome2 sume tahu ke cross-stitch nih benda @ menatang pe?? hehehe... mai sini cek nk habaq... tunggang langgang laa bahasa aku nih.. jap utara.. jap timur laut...hahaha.... Rosak bahasa, jiwa bangsa betul... (jangan marah erkk cikgu2 bahasa melayu)... agak bosan laaa kalu bercerita ikut skema markah kertas bahasa melayu kertas julai nih..kih kih...

Al kisah nyer begini....

Cross-Stitch ialah jahitan berbentuk silang pangkah atau berbentuk XXXXXXX yang dijahit berdasarkan pola atau grid untuk membentuk gambar.


Cross-Stitch biasanya dijahit di atas kain yang dipanggil Aida. Ia juga merupakan salah satu jenis jahitan sulaman tertua dijumpai di serata dunia. Banyak muzium rakyat mempamerkan contoh pakaian dihiasi dengan cross-stitch, khususnya dari benua Eropah dan Asia.

Secara tradisional, cross-stitch dijahit untuk menghiasi kain di dapur, peralatan rumah seperti sarung bantal dan alas meja. Kini, cross-stitch dijahit di atas kain dan di gantung di dinding sebagai dekorasi, juga dihias sebagai beg, cenderamata dan banyak lagi.



Nih pula benang dia. Benang cross-stitch yang paling umum digunakan adalah dari jenis kapas. Ia terdiri daripada enam helai (six strands) yang dipintal bersama dan mudah dipisahkan. Selain benang dari kapas, bahan lain yang digunakan ialah pearl cotton, benang Danish Flower, sutera dan rayon.

Ada juga benang jenis wool, benang metalik dan khas lain digunakan untuk menyerlahkan lagi hasil cross-stitch, seperti benang hand dyed (benang yang diwarna dengan tangan)

Nota : pic & sumber dari yati's blog... 



Cute kitten... suke2

(peace no war).....



Monday, December 27, 2010

Stitch your name @ greetings

Kamik2 sekelian.. aku ada nak offer korang nih.... kalu korang nak wat stitch tapi xder masa.. aku bole tolong.. tapi kena bayar laaa erkk..kih kih.. bese laaa dalam dunia nih mana ada yg free kn... masuk tandas pn kena bayar.. walhal masuk tandas bukan guna air pn.. just touch-up lipstic bedak jerkkk..huhu...

Eh ape yang aku melalut nih.. kembali ke tajuk asal erkkk... iklan jap.. kih kih
gini laaa aku ada offer korang kalu nk wat tempahan nama atau greetings@mesej untuk dijadikan cross-stitch yang paling istimewa untuk yang tersayang atau boleh juga dijadikan hadiah kepada diri sendiri... 

We will design any name with any message.

Contoh-contoh









Nih contoh-contohnyer... Kalau korang berminat boleh ikuti langkah-langkah nih erkk..
  1. Nyatakan nama atau greetings@mesej korang
  2. Kerja design akan dimulakan (Korang kena laa bagitau tema@theme design korang erkkk)
  3. Jika setuju, korang perlu ahh membayar deposit terlebih dahulu. Apabila bayaran deposit sudah diterima, proses jahitan akan bermula. 
  4. Apabila siap, korang jelaskan bayaran penuh dulu laaa.
  5. Nanti aku pos erkkk dh siap...







Sejarah 'Cross-Stitch"

Wahh tajuk.. macam nak masuk sekolah balik jerkk nih..hihihi... idak laaaa...
Mari kita belajar sejarah dengan cara yang ringan... jom... jom...
Nih aku udah ringkaskan... kalu nk baca panjang2... sangap gak laaa.. kih kih...

Percetakan corak sulam tekat(embroidery) telah berada sekitar awal tahun 1525, tetapi zaman keemasan 'cross- stitch' sebenarnya telah bermula sejak tahun 1804 lagi. Apabila penjual pencetakan di Berlin bernama Philipson telah mula membuat gambarajah blok dan warna untuk pengeluaran besar-besaran. Ramai usahawan telah mengikuti dan pada tahun 1840, lebih 14,000 reka bentuk telah dikeluarkan setiap tahun. Cross-stitch yang dikenali kini merupakan kebangkitan semula 16 dekad lalu apabila ramai surirumah membuatnya untuk mengisi masa senggang mereka....



Tuesday, December 21, 2010

Definisi 'Cross Stitch'

1. two stitches forming a cross or X -- 1. dua jahitan membentuk silang atau X

2. embroidery done with pairs of stitches that cross each other -- 2. bordir dilakukan dengan pasang jahitan yang saling silang